twitter


Sekolah Agama Rakyat (SAR) Masjid Jamek Sungai Karang Darat telah ditubuhkan pada tahun 1986 yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Zainun. Sementara itu, Tuan Haji Syed Ali bin Syed Husin selaku Guru Besar. Seramai 6 orang tenaga pengajar mengembeling tenaga dalam mendidik anak-anak murid seramai 150 orang ketika itu.

Pada tahun 2006, dengan usaha murni Tuan Haji Mohd Amin bin Tuan Haji Abdul Muin, SAR Kafa masjid jamek telah berpindah ke bangunan sendiri dan telah bertukar nama kepada SAR KAFA AL-AMIN Sungai Karang Darat. Kini mempunyai kira-kira 420 orang pelajar dan 13 orang tenaga pengajar. Sekolah ini beroperasi selama 3 jam sehari, 5 hari seminggu bermula hari Isnin hingga hari Jumaat.

Falsafah SAR KAFA ialah :

"Penghayatan al-Quran dan fardhu ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar ke arah memperkembangkan fitrah individu selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah"

Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang kuat iman dan amalnya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.

Wawasan SAR KAFA ialah :

"Memastikan semua anak-anak Islam yang berumur 12 tahun boleh membaca dan khatam al-Quran. Di samping itu, mereka boleh melakukan amalan fardu ain dengan sempurna dan dapat mengamali cara hidup Islam"